Salam semua, punya la lama yer tunggu citer nak bersambung...
pada bulan 10 dan 11, kitaran menstrual datang tanpa pil....alhamdulilah ..sinar harapan untuk satu kitaran normal menyerlah....
pada bulan 12, pada kitaran ini bermulalah journey tuk cubaan proses IUI.... dan kitaran menstrual agak pelik sebab dijengah 2 kali dalam bulan yang sama dan jarak dekat.
Mulala episod berulang setiap pagi ke Hospital untuk mengambil injection ... sampai mak-guard kat situ pun pelik....
Kali ini ubat baru, FOLLIOVA ....dimulakan dengan dos yang tinggi bagi 4 hari pertama iaitu 150ui, dan respon agak slow...kemudian disusuli lagi 4 hari, kemudian disambung dengan puregon 200ui...sepanjang prosedur Dr. selalu mengingatkan jika ada sakit perut, pening, memuntah or sengkak perut, cecepat call dan datang hospital....tetapi alhamdulilah tiada. Selain ubat tersebut , saya juga dibekalkan metformin dan folic asid.
Akhirnya respon yang agak baik iaitu pembesaran folikel 10mm....tetapi target sebenarnya ialah 14mm...
Sedihnya, prosedur ini terpaksa diHENTIKAN......atas sebab....
Folikel yang bersaiz besar BANYAK dan ditakuti jika diteruskan suntikan akan menyebabkan berlakunya pengeluaran air berlebihan dalam badan yang akan merebak ke bahagian² penting dalam badan. Risiko yangakan membawa maut, dan satu lagi risiko ialah berlakukan conceive with multiple twin. Tapi Risiko yang pertama paling dirisaukan. kemungkinan yang berlaku ialah Ovarian Hyperstimulation Syndrome.
SEDEYYYYYYYYYYYYYY..........terasa usaha menahan sakit dicucuk dan berulang setiap hari serta masa kerja yang diambil di sia² kan....... uhuk..uhuk...
so disebabkan prosedur pertama nih GAGAL. Dr. sarankan tuk berehat dulu tuk sebulan iaitu bulan 2 .....kemudian baru cuba lagi...target dalam bulan 3 akan dicuba lagi...
05 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)