Saya dirujuk kepada Dr.Muiz dari PPUM untuk prosedur ivf di sana oleh Dr.Hamid Arshat.
[ Read More ]
Temujanji pertama bertemu Dr.Muiz, beliau menerangkan proses ivf yang akan dilaksanakan.
Agak mencabar perjalanan ke sana melalui kesesakan jalan raya dan kesukaran parking di kawasan PPUM dan perjalanan juga mengambil masa yg agak lama dan drive sendiri. saya perlu berulang alik, cekalkan diri walaupun kepenatan sebab rush dr tempat kerja. Cabaran....
Temujanji kedua, Dr.Muiz bercuti dan saya dirujuk kepada Dr.R . Sebahagian ubat tidak perlukan bayaran kerana boleh menggunakan GL Kerajaan dan sebahagiannya perlukan bayaran terutana ubatan hormon dan ubatan utama untuk proses ivf.
Untuk mendapatkan ubat saya perlu beratur dan menunggu di beberapa kaunter. pertama untuk pick-up ubat dibawah GL, kedua kaunter bayaran melalui GL, ketiga untuk kaunter bayaran ubat berbayar, keempat untuk pick-up ubat.☺️
Kitaran pertama, ubat untuk trigger menstrual memandangkan kitaran menstrual saya tidak teratur.
Hari kedua menstrual, perlu hadir ke PPUM untuk scan(tvs) untuk melihat saiz folikel dan dapatkan ubat untuk mulai dengan ubat hormon.
Bermula la proses cucuk ubat setiap hari diperut selama xx hari, saya teruskan bekerja seperti biasa dan menlaksanakan proses cucuk di pejabat juga serta perlu hadir ke PPUM untuk scan(tvs) untuk melihat perkembangan folikel. 😁
Kitaran yang pertama, dr. dapati perkembangan folikel tidak memberangsangkan maka dos ubat dinaikkan. Ubat perlu dibeli tambah untuk tambahan cucuk. sehari 2 cucukan. satu tiub ada 150ui, perlukan 2 tiub tuk dapatkan 200ui.1 tiub sekali cucuk.😅...lebihan ubat simpan buat kenangan.
Alhamdulilah, hasil scan seterusnya dapati terdapat folikel bersaiz yang sesuai. Maka saya dijadualkan untuk OPU(Ovum pick-up) atau egg retrieval tapi sebelum tu saya perlu jelaskan bayaran untuk prosedur ivf sebanyak RM5000.
OPU prosedur lebih kurang seperti minor surgeri cuma x der cutting dibahagian luar badan, prosedur dilaksanakan melalui private area.🤭
Seawal pagi bersiap dan memulakan perjalanan ke sana,
-no perfume
-no make up
-no jewellery
sesampai disana, tukar ke pakaian tuk masuk OT(operation teater).tawakal je la...saya dibius separuh, tp mamai ja sepanjang prosedur tu.x nampak or x dgr jelas pun ada diorg sembangkan.
suami juga menyerahkan sperma untuk proses persenyawaan.
sesedar dr prosedur, mulut rasa bengkak.maybe sbb corong oksigen yang dipasang. perut n private area juga sakit juga. so balik jalan agak bumpy, seksa juga la.
antara outcome yang diberitahu masa tu, saya one of patient yg agak quiet semasa prosedur.hahhaha....n bad news, mereka hanya dapat collect egg dari sebelah ovari sahaja sbb yang sebelah lagi terselit dibawah organ lain dan tidak boleh dicapai. Tidak dimaklumkan berapa yang berjaya diambil juga waktu tu. Hanya diberikan waktu tuk datang semula tuk embryo transfer.
Selepas itu memang tiada sebarang berita diterima berkenaan proses persenyawaan, dan kami menunggu dengan penuu debar namun nurse² di sana ada juga menyatakan selalunya ivf berjaya dan yakin. Jadi as first timer masa tu, eager x expect worse senario sgt.
Hari yang dijadualkan tiba, kami dijadualkan tuk datang awal pagi.setibanya di sana, pintu pun x buka lagi..🤣🤣🤣...menunggu la dikoridor.
apabila ruangan dibuka, menunggu lagi. Sampai giliran, berita yang diterima.
"tiada embryo transfer akan dilaksanakan kerana tiada yang tersenyawa".😢
Luluh rasa hati, menahan sebak tunggu sampai masuk kereta nk balik nanti.
Saya ada bertanya doktor berkenan proses ivf-icsi, dr. terangkan mereka hanya melakukan ivf biasa sahaja kali ini. Jika perlu, kosnya sama sahaja.
Dr. cadangkan untuk jika nak buat semula proses ivf, team mereka akan bincangkan dengan lebih terperinci kes saya.😭hmmm...
Hampa, kecewa... dlm keadaan gitu, masih ada urusan perlu diselesaikan.
Dokumentasi untuk tuntutan perubatan.Hanya kos ubat sahaja boleh dituntut bagi yang melaksanakan proses ivf.
Dokumentasi untuk tuntutan baki prosedur ivf, akan dipulangkan 10% kot dr kos RM5k tersebut.
maka berakhirlah siri ivf ini.