Salam.....sambung citer yer...
seterusnya ...saya buat follow up dengan klinik swasta.......2 klinik jadi taruhan.....
satu just kasi ubat moden n tradisional then disebabkan jauh n cam takder effect ...so berhenti tuk 2 kali appointment je....doktor pun cam tak baper bagi tumpuan....so
klinik seterusnya...
saya dikenalkan dengan ubat Clomid dan Metformin.....penin gak memula ...
rasa cam banyak sangat cycle amik memula sebiji sekali makan then last sekali 4 biji sekali makan....Mau tak merewang otak kan....
then hari ke 12 tiap cycle doktor akan buat vagina scanning.....bila berita negatif je..tension...folikel x der yg matang...uwaaa...
Jom berkenalan dengan 2 pill tersebut.....apa gunanya???
Clomid/Clomiphene
Pengambilan pil clomid bermula pada hari kedua menstrual....pil ini diambil bagi merangsang ovulasi yang menghasilkan ovum(telur)..Lepas tuh ari ke 12 , scan tengok progresss.....malang bagi saya still negatif. Ubat nih klu mkn terlebih pun kata Doktor dikhuatiri menipiskan dinding rahim....
bersama-sama clomid, saya diberikan metformin....lebih dikenali sebagai ubat kencing manis...hihi..berikut serba sedikit info pasal metformin nih.
Glucophage Metformin
Metformin (Glucophage) ialah ubat yang digunakan untuk merawat diabetes jenis 2.Ubat ini memberi kesan kepada tindakan insulin dan yang berguna dalam mengurangkan beberapa gejala dan komplikasi PCOS.
Metformin telah terbukti berguna dalam pengurusan haid yang tidak teratur, induksi ovulasi, kehilangan berat badan, mencegah diabetes jenis 2, dan mencegah kencing manis ketika kehamilan pada wanita dengan PCOS.
Kegemukan yang berlaku dengan PCOS perlu dirawat kerana ia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan tambahan.
Pengurusan obesiti dalam PCOS adalah serupa dengan pengurusan obesiti secara umum. Kehilangan berat badan boleh membantu mengurangkan atau menghalang banyak komplikasi yang berkaitan dengan PCOS, termasuk kencing manis jenis 2 dan penyakit jantung.
Kegemukan yang berlaku dengan PCOS perlu dirawat kerana ia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan tambahan.
Pengurusan obesiti dalam PCOS adalah serupa dengan pengurusan obesiti secara umum. Kehilangan berat badan boleh membantu mengurangkan atau menghalang banyak komplikasi yang berkaitan dengan PCOS, termasuk kencing manis jenis 2 dan penyakit jantung.
satu lagi info yg saya dapat, pil nih juga dapat membantu tuk kurus...hihihihi
Selain drpd pill-pill tuh, sample darah saya juga diuji.....begitu juga sample simen(Air Mani) suami...bnyk tul ujiannyer yer....
Akhir sekali saya disyorkan buat ujian HSG...dan dicadangkn untuk buat di hospital sebab kt klinik tuh tak ada kemudahannya...maka bertukar la pulak destinasi treatment buat kali ke 5...
citer pasal ujian HSG nih ada dlm entri saya terdahulu...bertajuk UJIAN HSG
citer pasal ujian HSG nih ada dlm entri saya terdahulu...bertajuk UJIAN HSG
nanti citer lagi yer....daaaaa