Salam semua....
Pada awal tahun 2010 saya telah melalui satu siri ujian bagi memastikan keadaan tiub fallopio dalam keadaan baik. Dengan melakukan ujian ini , ia dapat mengesahkan sama ada tiub tersebut tersumbat atau tidak...
dari pengalaman saya, agak perit dan menyakitkan...sebab semasa prosedur terdapat beberapa masalah dan menyebabkan prosedur yang sepatutnya sekejap iaitu dijangka setengah jam je , agak mengambil masa yang lama..lebih kurang dekat sejam lebih rasanya...nak tak nak kena buat juga demi masa depan...
saya ambil keputusan untuk melakukannya di hospital swasta sebab boleh pilih doktor perempuan....
ketika prosedur antara kesukaran yang dialami ialah alatan yang digunakan tidak mengikut saiz yang sesuai dengan saya...dan badan saya menolak alatan yang digunakan , banyak sgt angin dalam badan kot tu menyebabkan doktor sukar untuk menjalankan prosedur...
itu menyebabkan kesakitan yang amat sangat..nasib baik tak cyber kick doktor tuh..then after prosedur nih , saya dijadualkan untuk bertugas diluar pejabat iaitu di Pulau Pinang.....mmm agak perit juga sebab tak sempat nak rehat...hadap je la kan...sakit pun tahan je la..
sorry kalau baca cam nakutkan tapi itu saya, mungkin orang lain tak sakit...lain orang lain pengalamannya yer..jangan takut tau nak buat test HSG nih...apa yang saya pegang dalam hati ialah tekad dan kepercayaan "usaha tangga kejayaan"....teringin sangat nak pegang baby sendiri....
video kat bawah tuh menunjukkan serba sedikit prosedur HSG tersebut......harap dapat berkongsi...
Apa itu HSG?
HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.Apa yang boleh dikesan oleh HSG?
Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvisHSG dan kehamilan
Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.Prosedur HSG
- Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
- Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
- Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
- Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
- Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
- Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Alhamdulillah..hasil ujian.....NORMAL....yeeeaaaaaaaaaa.....next step..apa lagi la yer...tunggu dan berserah je la yer..chaiyok².