Salam semua...
selepas result yang agak mendukacitakan selepas rawatan gonal-f , Dr. syorkan buat Ovarian drilling but it costly la kan...bajet dalam RM7K la juga.......
so, Dr. syorkan tgk insuran ada cover tak... MC ada amik Insuran Etiqa Takaful...and unfortunately insuran yang MC amik tak cover tuk sakit puan sebab just insuran hayat biasa jer....so tuk yang cover Sakit Puan ada pakej lain...
sama je dengan insuran lain, MC ada call juga yang lain-lain insuran. Ada pakej separately dari pakej insuran hayat biasa yang cover tuk sakit puan...
so tak dapat la...nak proceed dengan prosedur tuh dengan Dr. yang sama ..... then MC minta Dr. buat surat rujukan ke Hospital Kerajaan dan kali nih ke Hospital Kerajaan yang lain dari yang pertama MC pergi dulu tuh....but surat rujukan Dr. ospital swasta tidak diterima di Ospital Kerajaan so, langkah seterusnya ialah mendapatkan surat rujukan daripada Klinik Kerajaan dengan merujuk kepada surat Dr. Ospital Swasta tersebut... alhamdulilah semuanya berjalan lancar...
Kawan MC, ada rekomenkan sebab dia pun dapatkan treatment kat sana dan alhamdulilah dan dikurniakan seorang puteri serta yang penting....Dr. di sana sangat prihatin dan sentiasa memberikan perhatian dan rawatan yang baik...
MC akui setakat hari ini, setiap lawatan MC mendapat perhatian penuh daripada Dr.² dan Dr. pakar di sana. MC amat selesa dan puas hati dengan layanan Dr. disana kerana mereka mesra, bertimbangrasa dan prihatin.
Terima kasih.
23 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Kenal.. kita senasib.. Pearl juga disahkan pengidap PCOS dan masih berusaha untuk mendapat zuriat.. InsyaAllah, mudah2an ada rezeki untuk kita nnt... Amin...
InsyaAllah...moga semua usaha kita diberkati dan diperkenankan olehNya..saya still in treatment ...awak mcmmana?