
Analisa air mani adalah salah satu ujian kerap dibuat untuk menentukan punca kenapa pasangan gagal hamil. Kajian menunjukkan 40% dari sebab infertility berpunca dari air mani yang tidak normal. Selalunya air mani di kumpul didalam bekas plastik selepas mastubasi dan pemeriksaan dibawah mikroskop akan dibuat ½ -1 jam kemudian.
- Jumlah dan kepekatan air mani: Isipadu normal adalah diantara 2-6 mls atau lebih kurang 1 sudu kecil. Terlalu sedikit menunjukkan sperma yang tidak cukup dan terlalu banyak pula adalah tanda ia terlalu cair dan kepekatan sperma yang kurang. Air mani selalunya berketul sebaik sahaja dikeluarkan dan menjadi cair selepas 15 min. Air mani yang tidak menjadi cair dan masih berketul menyebabkan sperma sukar bergerak dan perjalanan sperma ke rahim sukar berlaku.
- Kepekatan Sperma. Ia adalah bilangan sperma dalam setiap 1 mL air mani. 20 juta sperma atau lebih dalam satu mL adalah normal.
- Pergerakkan Sperma. Ini adalah peratus sperma yang bergerak dan cara pergerakkannya. Selepas 1 jam, 50% daripada sperma sepatutnya sudah dapat bergerak dalam garisan lurus.
- Bentuk Sperma. Analisa rupa, saiz, dan tentang kecacatan sperma. Sebagai contoh berkepala dua, putus ekor dan sebagainya.
Perhatian : guruan semata-mata ....
copied from :benahi-blog.blogspot.com
Berapa lama sperma boleh hidup?
Ia sebenarnya bergantung kepada beberapa fakta. Yang paling penting ialah dimana sperma tersebut berada. Sekiranya ia terlekat pada pakaian atau kain, sperma selalunya akan mati sebaik sahaja air mani menjadi kering. Sekiranya sperma berada di dalam air atau tub mandian, ia mungkin akan hidup lebih lama terutama kalau air agak suam.
Walaubagaimanapuan untuk kehamilan disebabkan sperma masuk ke dalam faraj wanita semasa berendam dalam tub yang mengandungi sperma hampir tidak mungkin berlaku..
Dalam badan wanita selepas ejakulasi di dalam faraj, sperma boleh hidup sehingga 5 hari. Sekiranya anda bersama beberapa hari sebelum ovulasi terjadi, kemungkinan anda untuk hamil adalah tinggi.
untuk rujukan bersama jer yer....
Pengalaman menjadi teman tika suami buat test ..hihihi
Pengalaman menjadi teman tika suami buat test ..hihihi
Disebabkan berpindah randah buat treatment ...dari satu klinik ke klinik yang lain dan ke ospital yang lain . maka totalnya, suami saya kena buat 2 kali test...
satu di klinik swasta dan satu di ospital swasta..hihihi...suami saya pemalu so, tak dapat la nak hasilkan simen untuk test di tempat tuh kan so dia sanggup bergegas asalkan berada dalam comfort zone iaitu di rumah.
So antara teguran yang kami terima ialah;
- pastikan tidak bersama, 3 hari sebelum membuat test
- pastikan simen tuh sampai lab dalam masa kurang daripada satu jam selepas dihasilkan.
-masa perjalanan pastikan keta tak buka aircond dan letakkan simen pada pinggang untuk mendapatkan suhu badan.
hihihi...cabaran sungguh...setakat nih itu je la yang kami dengar...mungkin kekawan yang lain ada info tambahan boleh la dikongsi bersama yer...
So antara teguran yang kami terima ialah;
- pastikan tidak bersama, 3 hari sebelum membuat test
- pastikan simen tuh sampai lab dalam masa kurang daripada satu jam selepas dihasilkan.
-masa perjalanan pastikan keta tak buka aircond dan letakkan simen pada pinggang untuk mendapatkan suhu badan.
hihihi...cabaran sungguh...setakat nih itu je la yang kami dengar...mungkin kekawan yang lain ada info tambahan boleh la dikongsi bersama yer...